Semua orang tahu fenomena K-Pop sangatlah mengujakan di seluruh dunia. Tidak kira di Korea, Japan, China, Amerika dan juga Malaysia sendiri yang turut terkena tempias fenomena ini dengan kemunculan “boy band” seperti Max 24:7 yang tersasar sedikit.
Tapi bagi kumpulan MBLAQ (Music Boys Live in Absolute Quality) yang diasaskan oleh Rain dibawah J.Tune Company, mereka sedang mencipta nama dan sedang mengejar populariti Super Junior yang popular dengan lagu “Sorry, Sorry”.
Baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Seung Ho, G.O, Joon, Cheondoong/Thunder dan juga Mir ini telah menerima sambutan dan sokongan padu oleh peminat mereka di Brazil sempena “K-Pop Cover Dance Festival 2011″. Mereka yang sedang berada didalam bilik hotel di Sao Paulo telah dikejutkan dengan jeritan peminat yang berada di jalanraya berhadapan balkoni bilik hotel mereka.
Peminat-peminat mereka menjerit-jerit memanggil nama anggota kumpulan MBLAQ dan juga “We want MBLAQ”. Kebanyakan peminat mereka adalah wanita dan juga pada minit 0.55, kelihatan seorang wanita Brazil memakai spek berbaju ungu sedang menjerit-jerit sambil membuat isyarat “love”. Ouh, kami ketawa melihat gelagat wanita itu sebenarnya. Haha. Saksikan video amatur penuh ‘histeria’ peminat MBLAQ selepas ini!
p/s : Kami terbayang macam mana pula sambutan peminat Max 24:7 ya?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét