Sebelum ini, dunia hiburan seberang dikejutkan dengan video lucah yang dirakam oleh Ariel Peterpan bersama Cut Tari dan juga Luna Maya. Peterpan kini sedang menjalani hukuman di Indonesia dan sedang bercinta bersama Luna Maya.
Semalam, khabar angin tersebar dikalangan media hiburan di Seberang semalam apabila ada mesej dari Blackberry Messenger (BBM) mengatakan Cut Tari sudah meninggal dunia. Namun, pihak pengurusan Cut Tari menafikannya dan membalas yang Cut Tari sedang menjalani penggambaran di lokasi rahsia.
Antara mesej yang terkandung dalam BBM tersebut ialah,
“Inalillahi, berita duka dari artis Indonesia yang terlibat dalam kasus video mesum Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di RS Medistra Tebet, Jakarta Selatan siang tadi pukul 14.27. Cut Tari dibawa satu jam sebelumnya dengan keadaan tidak sadarkan diri, sementara dokter yang menangani belum berani bicara apa penyebabnya sebelum pihak keluarga meminta jenazah agar diotopsi -sumber Kiss.Sore-,”
Berita ini menjadi lebih gempar kerana mesej palsu ini disebarkan dari orang dalam pihak pengurusan Kiss Sore sendiri. Namun mereka membantah keras dan memberitahu peminat agar tidak percaya dengan berita-berita palsu ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét