Thứ Hai, 5 tháng 9, 2011

Kontroversi Petknode – Mereka Kejam & Tidak Berperikemanusiaan!

Operasi Petknode, sebuah syarikat yang menjalankan servis hotel untuk haiwan peliharaan seperti kucing terbongkar apabila 300 kucing dipercayai telah dikurung tanpa diberi makanan & minuman di premis mereka yang terletak di Damansara Damai, Selangor.

Kegiatan mereka terbongkar apabila sekumpulan pemilik kucing dengan pemerhatian pihak polis telah menyerbu masuk ke premis mereka untuk operasi menyelamat. Difahamkan, sebelum ini pihak syarikat tidak membenarkan pemilik kucing untuk melihat kondisi pusat hotel atas alasan sempit untuk laluan manusia, walaupun mendapat permintaan daripada pemilik kucing.

Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat.

Berhubung daripada itu, sebuah sidang media berkaitan dengan kontroversi Petknode yang berlangsung di Armada Hotel anjuran SPCA Selangor sekitar pukul 5 petang hari ini telah diadakan dengan dihadiri ramai pihak media, aktivis haiwan & pemilik kucing.

SPCA Selangor berkata, pihak mereka akan bertindak bagi pihak pemilik kucing bagi menegakkan hak. Kumpulan pemilik kucing yang terdiri daripada 30 orang kemudiannya dinasihatkan untuk membuat laporan polis berdasarkan kenyataan yang disediakan oleh pihak SCPA di balai polis Damansara Damai, malam ini.

Seorang pemilik kucing, Nadia, 21 menyifatkan kontroversi Petknode ini sebagai kejam & tidak berperikemanusiaan.

“Waktu saya masuk ke premis berkenaan, bahagian belakang kedai penuh dengan sangkar kucing yang disusun secara bertingkat. Di depan kaunter, saya telah dijanjikan dengan bilik kucing yang cantik, tapi situasi di belakang kedai amat teruk sekali.

“Saya pernah bercakap dengan Petknode untuk melihat sendiri bilik kucing, namun tidak dibenarkan. Alasan mereka bahawa bilik itu kecil untuk orang. Mereka kemudiannya membawa saya melihat showroom di bahagian depan, memang cantik. Jadi, ketika saya amat yakin servis mereka,” kata Nadia kepada pihak media.

“Keadaan kucing saya amat menyedihkan, bulunya bergumpal disaluti najis. Sepatutnya, setiap kucing mempunyai sangkar sendiri, namun ia telah dimuatkan dengan seekor kucing yang lain.

“Saya membayar RM560 untuk penjagaan 2 ekor kucing selama seminggu. Pakej yang saya ambil mengandungi servis makanan, minuman & vitamin,” ujar Nadia dalam nada sedih.

“Saya mengalami trauma & berjanji tidak akan menghantar kucing saya ke mana-mana pusat penjagaan lagi selepas ini,” kata Nadia mengakhiri temubual bersama pihak media.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét