Thứ Sáu, 9 tháng 9, 2011

Gossip Friday : Johan Asari (Botak) Susah Hayati Watak Cinta?

Lakonan Johan Asari sebagai Botak yang kasar perwatakannya dalam drama Juvana benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton. Terbaru, siri drama berjudul Cinta Elysa yang akan ditayangkan mulai 13 September, setiap Selasa jam 9 malam di Slot Lestar, TV3 ini menampilkan Johan Asari sebagai Aril, seorang gangster yang jiwang.

Namun, ada desas-desus tidak enak mengatakan Johan Asari sukar mendalami watak seorang mat jiwang dalam drama Cinta Elysa. Khabarnya, jenuh juga krew produksi nak tunggu Johan Asari mengambil mood untuk hayati watak & babak cinta. Johan Asari turut dikatakan terpaksa melakonkan babak cinta berulang-ulang kali bagi mendapatkan ekspresi muka yang terbaik.

Ditambah lagi, lakonan Johan Asari kali ini digandingkan pula dengan pelakon heroin hebat, iaitu Fasha Sandha sebagai Elysa. Mahu darah gemuruh si Johan Asari, kan?

Betul atau tidak dakwaan sumber dalaman berkenaan mengenai Johan Asari, hanya akan kita ketahui melalui siri drama Cinta Elysa nanti. Nak juga tengok, bagaimana rupanya gangster yang dalam hati ada bunga-bunga cinta, tak gitu?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét