Thứ Ba, 6 tháng 9, 2011

Chuck Norris & Jean-Claude Van Damme Bakal Berlakon Dalam The Expendables 2 (2012)!

Sudah pasti anda sudah menonton The Expendables (2010)  yang dibarisi pelakon hebat dan legend seperti Sylvester Stallone,  Jet Li,  Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Steve Austin, Jason Statham, dan Randy Couture.

Ya, mereka sangatlah legend dan kami tidak sampai hati untuk tidak menonton filem ini. Bagi yang belum pernah menonton filem ini, sila tanya kawan-kawan anda jika mereka ada DVD-nya.

Filem yang diarahkan oleh Simon West dibawah produksi Lionsgate akan dimulakan penggambarannya pada Oktober ini. Kami berharap khabar angin bahawa Chuck Norris yang juga seorang pengamal seni pertahanan diri dan pelakon yang pernah berlakon bersama lagenda Bruce Lee dalam filem “Way Of The Dragon” ini adalah benar.

Tak dilupakan, Jean-Claude Van Damme turut mempunyai profil yang mantap seperti Chuck Norris dan popular dengan lakonannya dalam filem-filem seperti “Universal Soldier” dan “Timecop”.

Bayangkan pelakon-pelakon dari The Expendables (2010) bergabung bersama mereka berdua, perghh! Jadi, nantikan kemunculan filem The Expendables 2 pada tahun hadapan!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét