Peminat-peminat kumpulan KARA boleh berpuas hati sekarang kerana setelah hampir setahun tidak mengeluarkan sebarang lagu, akhirnya mereka kembali dengan single terbaru mereka berjudul, Step. Setelah mengalami banyak halangan dan dugaan dari agensi, mereka akhirnya dapat mengeluarkan single terbaru mereka yang tampil dengan lebih bertenaga dan ceria berbanding sebelumnya.
Tapi khabar angin mengatakan, single terbaru mereka ini meniru melodi dari lagu Joan Osborne’s, “One Of Us”. Para peminat juga turut mengagak bahawa produser lagu Step mengambil melodi dari lagu Joan Osborne. Ini bukanlah kali pertama kumpulan KARA dikatakan mem’plagiat’ lagu orang lain. Sebelum ini, lagu mereka bertajuk “Lupin” turut pernah menerima tuduhan yang sama.
Seorang profesional turut memberikan respon terhadap lagu ini,
“Untuk mengatakan sesebuah lagu itu menciplak, ia perlu mempunyai mungkin hanya sebaris lirik yang sama disamping melodi yang serupa. Mungkin melodinya hampir serupa, tapi ia tidak cukup kukuh untuk dikatakan menciplak lagu orang lain.”
Kami turut bersetuju dengan pandangan ini kerana muzik adalah universal. Kami rasa single “Step” ini lebih mantap dan sangat berpotensi berbanding dari meniru tapi menjadi lebih teruk.
Layankan muzik video KARA yang terbaru, “Step”!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét