
Tahniah buat pelakon Ashraf Musim & Noor Dayana yang mengikatkan tali pernikahan mereka pada 1 Syawal (30 Ogos 2011) di kota suci, Mekah. Ashraf Muslim yang kini merupakan pengamal perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pernah berkongsi ciri-ciri isterinya yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.
Eksklusif untuk pembaca, beberapa spyshot gambar pernikahan Ashraf Muslim & Noor Dayana dikongsikan bersama oleh seorang Forumer Cari, namun tidak diketahui sumber asalnya. Apa yang pasti, majlis pernikahan di Mekah diadakan dalam suasana penuh ringkas tanpa terikut-ikut trend segelintir selebriti Malaysia.
Sekembalinya mereka daripada Mekah, majlis resepsi untuk meraikan kedua-dua pasangan suami isteri ini dijadualkan akan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC).











Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét