
Wah, sebelum ini kami sudah memberitahu anda semua tentang Konsert Suara Kami Astro. Tapi berita terbaru ialah kumpulan yang popular dengan lagu ‘Like A G6′ dan ‘Rocketeer’ iaitu Far East Movement juga akan turut tampil sebagai artis antarabangsa 17 September ini. Ini satu berita baik kepada peminat setia kumpulan ini.
Konsert yang diadakan selama satu hari ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti bazar jualan, aktiviti sukan, permainan interaktif, gig dan lain-lain lagi sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri konsert ini.
Anda boleh dapatkan tiket percuma di www.astro.com.my/suarakami atau di laman web stesen radio Hitz.fm, MyFM, EraFM dan THR Raaga.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét