Thứ Năm, 1 tháng 9, 2011

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 54; 31 Ogos 2011 “Memaknai Jiwa Merdeka”

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Kemerdakaan! Tanggal 31 Ogos 2011 adalah hari baru untuk kita lakarkan kemerdekaan negara. Tahun 1957 yang lalu, laungan Merdeka! bergema dan disambut dengan suara rakyat yang ternyata amat menghargai sebuah kemerdekaan dan kebebasan di dalam negara sendiri. Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati.

Bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang. Seharusnya rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka. Justeru, marilah kita sama-sama memaknai kemerdekaan ini dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa. Kemerdekaan tidak semestinya ditafsirkan sebagai bebas dari tekanan dan cengkaman penjajah. Malah ianya merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat.

Kemerdekaan ini juga harus menjadi asas keterbukaan khususnya kepada golongan muda yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu masa nanti. Sehubungan dengan itu, negara sepatutnya mampu menyediakan prasarana ekonomi agar kekayaan negara dapat dikongsi bersama tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama.

Rakyat terus ditindas dengan desakan dan tekanan sara hidup yang membebankan, sedangkan pemimpin yang ada duduk gah di atas dengan sewenangnya membelanjakan hasil negara untuk kepentingan tertentu. Saban hari kita dipinta untuk “berkorban” dan ubah gaya hidup dalam menampung


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét