Chủ Nhật, 4 tháng 9, 2011

Status Update : Kisah Selebriti Buat Hal Sepanjang Raya.

Dikala keseronokan anda beraya minggu lepas, kami pasti anda ketinggalan beberapa kisah menarik mengenai selebriti yang berlaku sepanjang minggu raya. Rasanya, anda yang berada di pejabat masih berada di dalam mood beraya, nak bekerja pun momentum tak mantap, kan? Apa kata layankan cerita yang akan kami tadahkan kepada anda selepas ini, okay?

Zarina An-Julie Serang Awal Ashaari Di Twitter

PMS mungkin? Tiba-tiba sahaja selebriti yang dikenali dengan aksi panasnya menyerang hos rancangan, Awal Ashaari di laman Twitter pada 2 September 2011. Menurut cerita orang, Zarina Anjulie berang dengan kata-kata sinis Awal Ashaari ketika mengacarakan program hiburan Fuhh! Disebabkan kami ketinggalan siaran langsung tersebut, kami tak dapat pastikan apakah kandungan cerita yang membuatkan selebriti wanita ini nak angin.

Rita Rudaini Bidas Rancangan Hiburan TV

Rita Rudaini menyifatkan sebuah rancangan hiburan TV sebagai “tiada class”, “poyo”, dan “tidak bijak” di laman Twitternya kepada seorang pengarah, baru-baru ini. Menurut Rita Rudaini, rancangan hiburan itu suka mencipta kontroversi atas sebab-sebab yang kecil sehingga membuatkan artis kelihatan buruk di mata masyarakat. Walau bagaimanapun, Rita Rudaini kemudiannya meminta maaf atas kenyataannya itu namun masih bertegas bahawa setiap orang mempunyai citarasa dan hak untuk menyatakan pendapat.

Gambit Saifullah Samakan Peminat Dengan Anjing & Babi, Lagi?

Mungkin ini strategi Gambit Saifullah untuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Karipap-Karipap Cinta apabila dia secara terbuka menyamakan segelintir peminat sebagai anjing & babi di Fanpage Facebooknya. Walau bagaimanapun, Gambit menyatakan status berkenaan secara umumnya ditujukan kepada haters, bukannya peminat.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét