Chủ Nhật, 4 tháng 9, 2011

Konsert 2 Raksasa : Gabungan Sweet Charity dan Blues Gang 1 Oktober Depan!

Untuk peminat lagenda rock negara, kumpulan Sweet Charity & Blues Gang akan mengadakan Konsert 2 Raksasa pada 1 Oktober ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert besar-besaran ini diadakan bagi mengubati kerinduan peminat terhadap kedua-dua kumpulan ini selepas 27 tahun berada dalam dunia hiburan. Apatah lagi, lagu-lagu hit seperti Kamelia bakal didendangkan oleh Ramli Sarip (Sweet Charity), sudah tentu mengimbau kenangan silam anda.

Konsert ini sepatutnya diadakan pada 9 Julai 2011, namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan kerana diganggu dengan demonstrasi kumpulan Bersih, tempoh hari.

Menurut Ramli Sarip, konsert kali ini menggunakan pendekatan kekeluargaan kerana ramai peminat Sweet Charity & Blues Gang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, iaitu generasi ibu bapa & anak.

Konsert 2 Raksasa yang dibawa khas oleh Netzah Productions ini meletakkan harga tiket yang berpatutan iaitu RM73. Dapatkan tiket secepat mungkin di Rock Corner dan Victora Music atau pembelian secara online di www.AirAsiaRedtix.com.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét