Chủ Nhật, 4 tháng 9, 2011

Pemain Drum My Chemical Romance Dipecat Kerana Dituduh Mencuri!

Kumpulan My Chemical Romance yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Helena dan Ghost Of You telah memecat pemain drum mereka, Michael Pedicone yang menggantikan pemain drum lama mereka pada bulan mac 2010. Antara sebab utamanya ialah Michael Pedicone telah “kantoi” mencuri tetapi tidak dapat dipastikan apa yang dicuri.

Gitaris kumpulan ini, Frank Lero turut berkata,

“Hubungan antara kami dan Michael Pedicone sudah berakhir. Dia telah ditangkap mencuri dan telah mengaku pada polis di konsert kami di Auburn, Washington semalam.”

Kejadian ini betul-betul mengecewakan ahli kumpulan yang lain dan mereka sepakat untuk memecat Michael Pedicone. “Kami cuma mahu dia lenyap dari hidup kami” antara kata-kata terakhir dari kumpulan ini.

Namun begitu, konsert jelajah My Chemical Romance tetap diteruskan dan kini mereka sedang mencari pengganti baru Michael.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét