Susan Boyle yang mula menggegarkan dunia hiburan pada tahun 2009 melalui rancangan realiti, “America’s Got Talent” telah kembali memeriahkan rancangan itu untuk mempromosikan albumnya yang ketiga iaitu “Someone To Watch Over Me”.
Dia yang mempunyai vokal yang mantap ‘mezzo-soprano’ telah mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di dunia apabila album pertamanya, “I Dreamed A Dream” berjaya dijual sebanyak 9 juta salinan dalam masa 6 minggu.
Single You Have To Be There ditulis oleh duo legendaris dari kumpulan ABBA, Benny Anderson dan Bjorn Ulveus. Album ketiga ini bakal dilancarkan pada 7 November 2011. Layankan video Susan Boyle ketika menyanyikan lagu ini di rancangan “America’s Got Talent”. Yeahh!!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét